BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 22, 2009

Aku Anak Kota

aku tidak pernah 
menyentuh dingin puncak gunung 
merasai masin air laut 

malah aku tidak pernah 
berpalit lopak becah di bendang 
menikmati segar air sungai 

aku juga tidak pernah 
mendengar sepi hutan rimba 
bernaungkan teduh pohon rimbun 

segalanya tidak pernah aku rasai 
kerana aku 
seorang anak 
yang dilahirkan 
di celah kangkang kota!

0 comments: